Wednesday, 17 October 2018

Kota Kinabalu City Light











0

Wednesday, 26 September 2018

Sabah below the wind Sunset [PHOTO]


“Clouds come floating into my life, no longer to carry rain or usher storm, but to add color to my sunset sky.” 

― Rabindranath Tagore, Stray Birds

PHOTO TAKEN AT: TAMPARULI












0

Friday, 7 September 2018

Sandakan Child [PHOTO]

PHOTO TAKEN AT: BERHALA ISLAND







1

Monday, 3 September 2018

Borneo traditional food: Ampap Ikan Bambangan (Mangifera pajang)

Ampap Ikan merupakan salah satu makanan tradisi Masyarakat Sabah terutamanya kaum Bajau sama.

 Resipi ampap ikan kukus biasanya bergantung kepada citarasa masing-masing. Resipi Ampap Ikan kukus  

Kaum Bajau Sama sedikit berbeza dengan resipi ikan ampap suku kaum lain di Sabah.

Antara Resipi Ampap ikan yang biasa menjadi pilihan :

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kepada pengemar Ampap Ikan boleh cuba resipi Ampap Ikan kukus bambangan ini:

Bahan-bahan
1. Buah bambangan (Mangifera pajang)


2. 5 biji bawang putih
3. 4 biji bawang merah
4. 2 batang serai diketuk
5. seulas halia
6. kunyit hidup 
7. ikan Kembung (boleh ganti dengan apa sahaja jenis ikan)
8. Cili (optional)
9. 3 sudu kecil minyak
10. setengah gelas air

- tumbuk bawang, cili, halia dan kunyit
- campur semua Bahan kecuali Buah bambangan
- Gaul sebati kemudian susun ikan dalam loyang pengukus
- kukus dalam 15 minit
- masukan hirisan buah bambangan , kukus dalam 5 minit


Selamat Mencuba!!








1

EXPLORING SABAH : St. Michael's and All Angels Church, Sandakan


.

Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia dan merupakan gereja Granit tertua di Malaysia.

Merupakan bangunan yang pertama di Sandakan

Gereja ini di reka oleh pereka dari New Zealand Mr B. W. Mountfort.

Pembinaan bermula pada tahun 1893

Bangunan ini pada mulanya di bina dengan kayu belian (ironwood) diikuti dengan bata dan kemudianya batuan yang dikatakan berasal dari Buli Sim sim  (kawasan berhampiran)

Batu-batu putih yang digunakan untuk menghias tingkap dan pintu gereja pula berasal dari Hong kong

Tingkap kaca berwarna pada gereja berkenaan di sumbangkan oleh warga Australia sempena ulang tahun ke-60 akhir Perang Dunia II.

MORE INFO VISIT/CONTACT Sabah tourism









0

Sunday, 2 September 2018

The Beauty of Borneo Nature [PHOTO]



BORNEO HONEY




3

Monday, 6 August 2018

THE PAIN IS REAL



Suicide?

Bunuh diri merupakan tindakan yang sengaja dilakukan yang menyebabkan kematian diri sendiri.Kemurungan, gangguan Bipolar, Skizofrenia, gangguan keperibadian, dan penyalahgunaan bahan seperti alkohol dan dadah serta penggunaan benzodiazepin merupakan faktor Pemangkin. Antara penyebab utama bunuh diri adalah disebabkan tindakan impulsif kerana tekanan seperti dari masalah kewangan, masalah dengan hubungan, atau buli.

Simptom: membenci diri sendiri, putus asa dengan masa depan sendiri, sering menulisi mengenai kematian, mengurung diri, mengucapkan selamat tinggal,  menyakiti diri sendiri, Membuat ancaman untuk menyakiti atau membunuh diri mereka sendiri, Merasa bahwa mereka adalah beban bagi orang lain, tidur sepanjang waktu atau gangguan tidur.





Self-harm?

self-harm atau lebih dikenali sebagai Self injury merupakan tindakan menyakiti dan melukai diri sendiri (mengiris, menggores kulit atau membakarnya) yang mengakibatkan luka-luka pada tubuh sendiri secara sengaja. Tindakan ini dilakukan bukan bertujuan untuk bunuh diri tetapi sebagai suatu cara untuk Meluahkan emosi-emosi yang terlalu menyakitkan untuk diekspresikan dengan kata-kata.

Simptom: parut luka dan terbakar, luka baru berulang, patah tulang tanpa penjelasan yang jelas, menyimpan objek tajam sepanjang masa, kecederaan seringkali di kaitkan dengan kemalangan, rasa putus asa dan tidak berharga.



Depression?

Depression adalah sindrom kemurungan yang memberi gangguan kepada perasaan dan jiwa seseorang individu. Penyakit kemurungan merupakan penyakit yang melibatkan perasaan sedih dan murung yang berpanjangan. Pada masa yang sama, mempunyai perasaan terlalu rendah diri dan sering merasakan diri mereka bersalah dan berdosa dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Simptom: Kemurungan, perasaan Marah, tidak berminat dengan aktiviti sosial, berat badan menurun, kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia), terlebih aktif atau kurang aktif, letih dan kurang tenaga, wujud perasaan bersalah, keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, hilang konsentrasi dan perasaan bersalah melampau dalam kesalahan kecil.


Ambil tahu, ambil kisah jangan abaikan orang di sekeliling.
Hulurkan sedikit kasih kepada insan yang memerlukan, kepada insan yang berduka.
Pain is real, depression is real, self-harm is real, and suicide is real.
Jangan pandang mudah pada kelukaan dan kesengsaraan orang lain.
Nampak bahagia/gembira pada luarnya tapi tiada siapa yang tahu
dan mengerti pada zahirnya. Dunia memang kejam,
lebih kejam dari masa yang berlalu tanpa dapat dihentikan.

Hati yang terluka berbicara seribu kata namun tiada

sepasang kuping pun yang mampu mendengar, apatah lagi  mahu melihat catatan si isi hati.  
Share your light to others, berikan sedikit harapan dan
sinar kepada insan yang beduka. Berilah sedikit waktu dan perhatian
kepada keluarga, sahabat dan insan insan ini, sampaikan mesej kepada insan ini,
masih ada yang kisah, masih ada yang menyayangi.

Jangan di turut hati yang luka, jangan di luka dirimu yang sempurna,

Kekecewaan dan kelukaan bukanlah sebagai sebuah pengakhiran,
bahkan ianya menjadi titik pemulaan untuk melatih
insan yang berjiwa kental dan berhati kuat.






JANGAN PENDAM, BELAJAR UNTUK MELUAHKAN

Lifeline Association of Malaysia
71-2nd Floor, Jin Jejaka 2
55100
TMN MALURI
Hotline: (063) 92850039
Hotline: (063) 92850279
Hotline: (063) 92850049

Befrienders
Emotional support
24 hours, everyday
Befrienders Helpline:
603-79568145



3

Wednesday, 1 August 2018

Ajal di landasan Keretapi

       MAYAT mangsa dibawa naik. FOTO Ihsan Pembaca HM Digital PENUMPANG lelaki Transit Aliran Ringan (LRT) maut selepas terjatuh ke landasan stesen LRT Puchong, kira-kira 8 pagi ini. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mengesahkan kejadian itu. Menurut Twitter @MyRapidKL, kejadian itu menyebabkan tren bergerak perlahan dari IOI ke Pusat Bandar Puchong pada kedua-dua arah. Bagaimanapun, tren kembali beroperasi seperti biasa sebaik landasan selamat digunakan.

Credit To My Metro

0

Pages - Menu

Contact us